Want your
own Fotopage?










 
Dari Lensa Ibu

By: puan apple

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Thursday, 30-Apr-2009 16:10 Email | Share | | Bookmark
Melangkah Ke Tahun Empat..

Pagi tadi..

Tit! Tit!!

*Selamat ulang tahun ke-4. Mak ucapkan semoga berkekalan ke akhir hayat. Jaga rumah tangga baik-baik. Jangan angin-angin selalu. Kerjasama tangga kebahagiaan.ok jaga diri. kirim salam j** dan ziya..
sent:
07:08:22
30.04.2009*



Secebis kiriman sms daripada Atok Ziya sempena empat tahun perkahwinan kami hari ini. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa Mak. Amiin..

Adik-adik dan kawan-kawan pun ada mengucap selamat juga. Terima kasih semua kerana mendoakan.

Encik Ayah Ziya, L-U-S-M..


*Pecah rahsia Ibu Ziya 'berangin'.

hahahahaha kantoiiiii`~
eppi aniverseri .... semoga bahagia melingkari hidup kalian sampai bila~
Fri 1-May-2009 01:13
Posted by:mama hiro azida77@yahoo.com  - [Link]
Happy anniversary Apple.... semoga berbahagia dan kekal hingga akhir hayat........
Ziya makin comey..... buat menantu bley.. he..he..
Fri 1-May-2009 04:58
Posted by:yatie yatie@seri-online.co.uk  - [Link]
tahniah dah bjaya menjangkau 4 tahun... i pun anniversary yang pertama 24 nov 08, tapi time tu dalam pantang.... tak dapek la nak celebrate Mon 4-May-2009 05:53
Posted by:rinn hazelrin_2982@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 31-Dec-2008 16:40 Email | Share | | Bookmark
Tahun Yang Baru..

Sudah masuk Tahun Baru Hijrah dan sampai ke penghujung tahun 2008. Alhamdulillah, Allah swt panjangkan usia meneruskan kehidupan sehingga ke hari ini.

Agak lama tiada cerita baru di sini. Banyak pahit-manis dan suka duka yang berlaku tapi masa dan keadaan yang terbatas tidak mengizinkan aku untuk bercerita. Nantilah bila ada masa yang sesuai ya.

Dalam menanti hari esok yang akan tiba, harapan aku semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan. Semoga rezeki dan rahmat kebahagiaan dilimpahkan buat kami. Kalau pun ada liku-liku sepanjang perjalanan itu nanti, mudah-mudahan ia tidak menjadi halangan buat kami untuk menempuhnya dengan semangat berani.

Semoga tahun yang mendatang ini lebih baik dari semalam. Selamat Tahun Baru semua. Kalau panjang umur, jumpa lagi.

lama btul puan apple tak jengah fp..fp nie pun dh amat berabuk..rindu nk tgk ziya lah..aktifkan kembali lah fp ni, wahai puan apple Fri 23-Jan-2009 10:29
Posted by:zie  - [Link]
sama-sama doakan kebaikkan mendatang Tue 10-Mar-2009 23:37
Posted by:amboii  - [Link]
pindah sudah. tq sudi melawat. bila nak update..ke dah pindah jgk..hehe. Wed 1-Apr-2009 04:59
Posted by:cak  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Tuesday, 28-Oct-2008 16:38 Email | Share | | Bookmark
Bertambah Setahun Lagi..



18 haribulan Oktober yang lepas hari lahir aku yang ke tiga puluh dua tahun. Alhamdulillah, Allah panjangkan umur sehingga ke hari ini. Terima kasih Mak kerana melahirkan dan mendidik aku. Terima kasih juga kepada semua yang memberi ucap selamat. Mudah-mudahan aku diberikan kesihatan yang baik dan berkesempatan untuk melihat apa yang diimpikan dalam hidup menjadi kenyataan.

Semalam 27 haribulan pula hari lahir Mak. Sudah lima puluh dua tahun usia Mak. Semoga Mak dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Allah. Dalam meniti usia emas, aku mahu emak jauh dari segala masalah dan hidup tenang di samping keluarga. Sayang Mak selalu.

Kau kabulkan doa hamba-Mu ini, Ya Allah. Amiin..

Hadiah? Mestilah ada dari suami tercinta. Terima kasih daun keladi Abang. I love u..

happy belated birthday... Sat 29-Nov-2008 09:11
Posted by:ummy@tariqzaidanirah  - [Link]
hepi belated birthday laling... senyap sunyi jek skrg? apa citer? Fri 5-Dec-2008 07:52
Posted by:ciku_nunu  - [Link]
hepi belated bufday ye...jauhnya akak ketinggalan keretapi....semoga dikurniakan rezeki & hidup penuh dengan limpahan rahmat ALLAH jua... Wed 17-Dec-2008 04:34
Posted by:aishah  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Friday, 10-Oct-2008 11:26 Email | Share | | Bookmark
Ucap Raya Untuk Semua..


*Foto oleh Ayah ZiYa.


Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Sudah 10 Syawal 1429 Hijrah. Mood raya agak-agak cair maklumlah pejabat sudah buka, kerja sudah jalan. Kalaulah boleh cuti sebulan lamanya ye.. *Jangan mimpilah makcik *

mmg cantik gambar ni
comel budak tu

selamat hari raya
maaf zahir batin

Sat 18-Oct-2008 04:42
Posted by:Phalinn  - [Link]
Selamat Hari Raya Buat Akak, Ziya dan Keluarga
ZIya makin comel laaa
Sun 19-Oct-2008 21:28
Posted by:mama hiro  - [Link]
alahai comey ziya
selamat hari raya....banyak tak dapat duit raya nih
mana lagi gambar Ziya banyak2 ni. satu jek ke?
Mon 20-Oct-2008 19:23
Posted by:dOd  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 24-Sep-2008 14:15 Email | Share | | Bookmark
Gaya..

Sudah hari Rabu yang ke dua puluh empat kita berpuasa. Tidak lama lagi, berlalulah Ramadhan. Dalam mengharung hari-hari terakhir Ramadhan ini hati sedikit syahdu teringatkan orang-orang terdekat yang telah pergi terutamanya arwah ayah. Rindulah.

Selalu terbayang dan berkalau-kalau, macam manalah kehidupan kami sehari-hari, kemudian berpuasa dan berhari raya kalau dia masih ada hari ini. Macam mana pula gaya dia dengan kehadiran menantu dan melayan cucu. Tentu dia pak mentua yang sporting cuma aku tidak pasti sama ada dia boleh berkongsi minat bermain parit dengan menantu atau tidak.

Cuma dapat membayang dan berkalau-kalau sementelah orangnya sudah tiada. Kasihan aku. Macam orang ketandusan kasih-sayang pula bunyinya. Semakin menginjak usia, jiwa makin sensitif dan terlebih dos sentimental agaknya. Nasib baik ada suami dapatlah juga tumpang bermanja-manja walaupun kadang-kadang terpaksa berebut dengan Ziya yang lokek kalau orang lepak dekat-dekat dengan ayah dia.

Kesimpulannya, hargailah sehabis baik saat-saat bersama orang yang kita sayang selagi ada kesempatan. Kelak dijemput pergi, masa tidak menunggu walau sesaat .

----------------------------------------------------------------------

Gaya emak aku melayan menantu aku sudah nampak. Emak aku suka 'racun' menantu dia main parit menangguk sepat. Kalau tidak pun sama-sama menyusur parit besar mencari kembang kiambang dan teratai untuk dibawa balik ke kolam di rumah. Kalau bercerita pasal gemuk-gemuk puyu dan sepat yang melenting-lenting dalam parit pun bukan main teruja. Pendek kata, dia boleh menggula-gula menantu dengan cerita paritlah senang cakap. Menantu pun apa lagi, asal nampak parit mulalah naik 'syeikh'.

Aduh.. ayah siapakah itu?!



Gaya Hantu Parit.
Balik Kampung; 2 Sept '08..

takde gambar ziya beraya ke? selamat hari raya + maaf zahir batin Tue 7-Oct-2008 02:22
Posted by:Lee Lin  - [Link]
Salam to Ziya & family,
Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin.
Fri 10-Oct-2008 03:05
Posted by:RK  - [Link]
kihkihi takleh tahan dgr gaya antu parit.. Thu 22-Jan-2009 00:06
Posted by:maya amir  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Tuesday, 23-Sep-2008 12:29 Email | Share | | Bookmark
Lemau..

Lamanya tiada catatan di sini.

Maaflah, bukan kerana kesibukan kerja atau tiada kisah yang mahu dikhabarkan, tetapi seolah tiada semangat yang menggebu-gebu mahu bercerita. 'Encik Ilham' pun lemau nak datang. Lemau, selemau-lemaunya. Hai.. biarlah cergas-cergas sikit bulan puasa ni, kan?

Eh! Sebut lemau, nak tanyalah. Banyak buat biskut raya? Berapa balang agaknya yang dapat tahun ini? Kalau ada bajet lebih bolehlah menempah mana yang suka. Aku tak membeli, tumpang loyang Mak yang menjual biskut raya. Sudah ada dalam perancangan untuk sama-sama membakar biskut di kampung bila cuti nanti. Harap-harap jangan tinggal angan-angan.



Tart Raya Atok Mak.
Balik Kampung; 21 Sept '08..

ish ish org johor ni,mana main lemau-lemau... lemor le
selamat hari raya & maaf zahir batin
Thu 25-Sep-2008 13:05
Posted by:lee lin  - [Link]
Add comment


Friday, 29-Aug-2008 15:19 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Merdeka..

Lusa 31 haribulan Ogos 2008. Tahun ini lima puluh satu tahun kita menyambut hari kemerdekaan negara. Kalaulah kemeriahan dan semangat itu diukur dengan kibaran bendera, makanya tahun ini suam-suam kukulah semangat kita kerana nampak kurang yang berminat mengibarkan bendera terutamanya pada kenderaan rakyat jelata di jalan raya. Tapi tak mengapalah, semarak patriotisme itu tidak seharusnya dilihat dari satu sudut sahaja.

Apa guna membazir ringgit dan tenaga menganjur sambutan yang berhabis-habisan sedangkan pengisiannya tidak dapat dihayati. Nilai kemerdekaan bukan terletak pada gamat letusan bunga api, jerit-pekik penghibur yang teruja melaungkan hiburan yang tidak relevan di pentas, atau lautan manusia yang berbondong-bondong keluar menyaksikan malam pesta tetapi pengertian kemerdekaan yang luas sifatnya dalam jiwa dan sumbangan anak bangsa hari ini untuk memastikan kebebasan ini kekal menjadi milik kita bukan setakat pada nama sahaja tetapi dalam erti kata yang sebenarnya.

Nak dibandingkan dengan orang lain yang merempat di bumi sendiri, syukur dengan apa yang kita nikmati hari ini dan teruslah pertahankan supaya ianya menjadi kepunyaan generasi kita pada masa akan datang.

Selamat Hari Merdeka, Malaysiaku.

salam ramadhan buat apple sekeluarga Tue 16-Sep-2008 03:16
Posted by:nohachomel noha_mdsupian@yahoo.com
elo elo... kita dah lama tak online... huhuh... thanks for ur wish... selamat hari raya... semoga lebaran tahun ni mmebawa erti yang lebih besar untuk apple sekeluarga..
ni no tepon kita.. jangan bagi ilang tau!! 0174034950
Mon 22-Sep-2008 05:08
Posted by:ciku_nunu  - [Link]
elo elo... kita dah lama tak online... huhuh... thanks for ur wish... selamat hari raya... semoga lebaran tahun ni mmebawa erti yang lebih besar untuk apple sekeluarga..
ni no tepon kita.. jangan bagi ilang tau!! 0174034950
Mon 22-Sep-2008 05:09
Posted by:ciku_nunu  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 20-Aug-2008 16:13 Email | Share | | Bookmark
Semoga Panjang Umur..

20.08.2008. Hari ini hari lahir sang suami. Semoga dia dipanjangkan umur, murah rezeki, diberi kesihatan tubuh badan, dimakbulkan segala impian, dan terus cekal mengharung cabaran hidup yang mendatang. Amin..

Ini pula pesan Ziya..
Selamat Hari Lahir Ayah. Ziya tunggu Ayah balik dari Kota Kinabalu nak tiup lilin sama-sama.

p/s: Maaflah tiada hadiah hari lahir yang istimewa dari Ibu dan Ziya memandangkan Ayah tersayang sudah menghadiahkan diri sendiri 'seketul' Canon 40D yang manja bukan main. *kalau selalu dibelek-belek dan di jaga rapi, manjalah namanya tu kan?*



Dua-dua Sayang.
Sentul West, Kuala Lumpur; 3 Ogos 2008..

>> happy belated birthday...
>> moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...
Tue 26-Aug-2008 18:01
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
salam ramadhan mama apple
waduh ada toys baru erk....
patut gambor mantap!!!!
Sun 7-Sep-2008 07:59
Posted by:dOd  - [Link]
T-shirt tu beli manaaa?? nak jugakkk Fri 17-Oct-2008 04:45
Posted by:LediAgli  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Friday, 15-Aug-2008 17:36 Email | Share | | Bookmark
Sudah Berteman..

Kuek! Kuek! Kuek!
Sentul West, Kuala Lumpur; 3 Ogos 2008..


Dulu Sendiri..


Kini Berteman..


Khabar kejutan yang baru diterima seharusnya menjadi satu berita yang menggembirakan. Tapi hati aku bertukar rentak menjadi sedih, terkilan, dan enggan percaya. Jujurnya aku kecewa. Sukar untuk menerimanya namun aku akur aturan hidup orang di luar urusan kita apalagi dalam soal jodoh. Aku pun bukan siapa-siapa, cuma seorang kenalan yang syukur dianggap saudara.

Ya, perjalanan ini kita yang pilih arahnya dan kehidupan ini kita yang tadbir. Apa yang terlaksana hari ini dari usaha kita juga justeru jangan sesekali menyalahkan takdir sebagai penentu segala walaupun semua yang terjadi adalah dengan izin-Nya jua .

Dik, semoga kau berbahagia...


>> musim orang kahwin sekarang ni...
Tue 19-Aug-2008 17:59
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
cantik betul close up itik kat atas tu.....rupanya ade simbolik di sebalik gmbr yer..... Wed 20-Aug-2008 09:33
Posted by:wanzee  - [Link]
setiap ape yang berlaku telah ditentukan oleh NYA.Masanya antara lambat dan cepat.Kita hadapinya dgn penuh keredhaan.Selagi hidup.........kita enjoy.......ceria2kan hidup kita sebelum terlambat...... nice pic Wed 20-Aug-2008 16:49
Posted by:krul  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Monday, 11-Aug-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Rezeki..

"kita ingat nanti nak cari part time laa.. kat sini kais pagi makan pagi.. kais petang kadang tak makan.."

Sebahagian pesanan ringkas dari adik dalam minggu lepas yang dihantar kala aku mahu menjamah makanan buat aku sebak. Hidangan malam hari itu aku teruskan sambil dalam hati masih teringat-ingat bait pesanan itu. Air mata terasa bergenang tapi masih dapat dikawal. Aku tahu situasi dia agak gawat di sana ketika ini namun dia bertahan dan cuba untuk tidak menyusahkan keluarga.

Aku yang kakak di sini akan membantu setakat yang mampu walaupun dia tidak meminta. Bukan memanjakan lebih-lebih lagi dia lelaki tetapi aku tidak tergamak menutup mata dan pekakkan telinga sedangkan aku tahu dia dalam kesempitan. Dia pun sejak bekerja tidak lokek menyumbang sedikit gaji untuk emak melunaskan sebahagian bayaran untuk belanja isi rumah. Aku pernah melalui pengalaman sebegitu dulu. Hidup bujang jauh dari keluarga, cerita suka kita kongsikan, yang susah kalau boleh kita sendiri yang tahu. Bukan kerana tiada yang ambil peduli tetapi tidak mahu menyusahkan. Zaman awal aku bekerja di Kuala Lumpur dulu adik-adik masih belajar dengan emak seorang yang mencari duit. Sekarang bila masing-masing sudah besar, bolehlah bergantung-harap sesama sendiri. Susah-senang biarlah keluarga yang ada ini jadi tempat mengadu bukan mengharapkan orang lain.

Pada dia aku berpesan, jangan sampai memudaratkan diri. Resam orang baru memulakan hidup berdikari, sekali-sekala adalah perit-getirnya yang mencabar. Walau apapun ia mengajar kita lebih tabah dan matang. Tak mengapalah hari ini susah sedikit, esok lusa mungkin ada rezeki lebih yang Tuhan beri untuk kita. Sekurang-kurangnya hari ini dia sudah ada kerja yang terjamin cuma menunggu masa untuk stabil. Realiti kehidupan, ada pasang-surut. Nanti-nanti bila dikenang inilah pengalaman berharga yang tak dapat dijual beli dan menjadikan kita lebih bersyukur dengan rezeki yang ada.




Jangan Membazir.
Jalan-jalan Cari Sarapan; 18 Feb '07..

*Foto stok peram lagi.

>> alhamdulillah atas segala rezeki yang dikurniakan selama ini...
Tue 12-Aug-2008 18:10
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.