Want your
own Fotopage?









 
Dari Lensa Ibu

By: puan apple

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 10-Apr-2007 08:13 Email | Share | Bookmark
Rindu Di Hati Bonda..



::Dia Penawar Segala::
::15 Nov 2006::


Keluar jam 7 pagi dan balik 7 petang. Begitulah rutin aku dah ayah Ziya setiap hari pergi bekerja. Kadang-kadang jika keadaan memerlukan kami akan bertolak ke pejabat seawal jam 6.30 pagi. Secara tak langsung Ziya pun terpaksa awal juga ke ‘sekolah'. Belas hati aku melihat dia yang sedang lena tidur akan terkebil-kebil terjaga kala mendukungnya untuk dihantar ke taska. 12 jam kami berjauhan setiap hari dan aku jadi perindu apatah lagi kalau terpisah selama 240 jam!

Mengikuti kisah menjejak Nazrin di media membuat aku sebak. Sungguh aku sedih dan simpati membayangkan pilu seorang ibu yang tiba-tiba kehilangan anak. Tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulkan? Sedih dan simpati aku takkan mampu menandingi beban perasaan yang empunya diri. Tentu rindunya menggunung tidak menatap Nazrin sejak 10 hari yang lalu.. tentu bergumpal resahnya dengan berbagai andaian kerana sehingga kini tiada sebarang khabar berita.. tentu hatinya sengsara meneka kesihatan dan keselamatan si anak.. dan tentu tak lelap matanya memikirkan bagaimana makan-minum dan tidur jaga anak sekecil itu.

Semoga pasangan Shamsul Ghazali & Nur Amizah tabah menghadapi ujian, semoga ketika ini Muhammad Nazrin selamat dalam peliharaan Allah swt, dan semoga mereka sekeluarga akan dapat bersatu kembali. Amin.. amin Ya Allah..

*Lirik : Bila Engkau Jauh - Shannon.


Quote:
Yin dah selamat ke pangkuan keluarganya. Alhamdulillah.. Semoga kejadian ini menjadi iktibar buat kita semua. Mungkin dalam kita berjaga-jaga, sedikit alpa cukup untuk seribu kemungkinan. Macam-macam yang boleh berlaku dalam sekelip mata. Turut simpati dengan nasib pasangan myanmar itu dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku



Semoga Muhamad Nazrin Dapat Di Temui Dengan Selamat....Insya Allah....Dan Berharap Agar Ayah Dan Ibunya Tabah Di Dalam Menghadapi Dugaan Ini.... Tue 10-Apr-2007 12:14
Posted by:RosLeenda rosleenda86@yahoo.com  - [Link]
Tue 10-Apr-2007 21:58
Posted by:magistret mustaz mustaz_aizul@yahoo.com  - [Link]
tq... meninggalkan jejak di FP saya...hati mana yang tidak resah... cute la..rasa nak cubit dagu ziya Wed 11-Apr-2007 14:28
Posted by:fitto noor_fitrah@yahoo.com  - [Link]
>> bak kata org 'berat mata memandang berat lagi bahu yg memikulnya.' Wed 11-Apr-2007 15:51
Posted by:jeff  - [Link]
Semoga menjadi iktibar pada ibubapa yang lain agar tidak lalai walau di mana jua berada....harap2 Yin selamat dan dipertemukan kembali dengan keluarganya... Thu 12-Apr-2007 06:17
Posted by:yatie norezy23@yahoo.com.my  - [Link]
bulatnya mata anak apple (ekekek cutenya nama die )..nama anak u apa ziya? aik macam nama anak i jer afia zia nuha..ziya nie lelaki pompuan ek..?anyway tahn ks for visitinga fia- dtg2 lah lg.. Thu 12-Apr-2007 11:55
Posted by:Zie  - [Link]
opss lupa pasal ayin tu kan..die anak sedara kwn i..sian kan-i pun seidh baca citer die Thu 12-Apr-2007 11:55
Posted by:Zie  - [Link]
sedih,kan? kita yg tinggalkan anak kejap sebab keje pun dah rindu rinduan....huuuhuhuhu... pakat2 la kita doa semoga mohd nazrin tu selamat... sihat walafiat...
lagi sekali nak puji, saya suka sangat baca bait kata2 awak yg indah tu... how i wish i can be creative like u...
Fri 13-Apr-2007 00:41
Posted by:ciku_nunu  - [Link]
editing yg shuntek mama ziya nih....
mata ziya yang bollat membuat semua pemerhati terpesona......
apatah lagi selitan kisah Nazrin membuatkan hati ini terasa sayu apabila mengenangkan hati seorang ibu yang kehilangan anaknya. Apa kah perasaannya ketika ini..............
Fri 13-Apr-2007 02:13
Posted by:dOd  - [Link]
Air mata saya tumpah mengalir tanpa henti bila menatap wajah riang yin di dada akhbar... Hati ibu mana yg tidak runtun, jiwa ayah mana yg akan keruan bila ditimpa musibah sebegini... spt yang mrs apple jalinkan di atas, membuat hati saya terus sayu dan berharap semoga doa ibu2 lain utk keselamatan Yin akan dimakbulkan Allah... Amiin... Ya Allah, berikanlah kekuatan buat ayah dan ibu Yin Sat 14-Apr-2007 03:28
Posted by:mrsjemain@raihan udakyana@yahoo.com  - [Link]
berat mata memandang berat lagi bahu memikul.alhamdulillah adik yin telah selamat pulang ke pangkuan keluarga.betapa bahagia dan gembiranya perasaan keluarga terutama ibu yang mengandungkannya. moga menjadi pengajaran dan iktibar kpd kita. memanglah kalo nak kirakan tinggalkan berjam2 dgn org yang kita tak kenal satu perasaan yang sukar diceritakan.tapi moga2 dia selamat insyaallah....keluarkan haikal dr taska satu keputusan yang bagus utk dia yang pernah saya buat... Tue 17-Apr-2007 04:40
Posted by:mummydanish_haikal  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.