 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Dari Lensa Ibu
By: puan apple
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Thursday, 3-May-2007 08:27 |
Email | Share | Bookmark |
|
Khabar Duka..
|
|
::Jalan-jalan Balik Kampung::
::13 April 2007::
Malam kelmarin tidur Ziya agak terganggu. Resahnya kelihatan bila dia asyik beralih tempat tidur, serba tak kena mengiring ke kiri dan ke kanan sambil merengek yang tidak boleh dipujuk dengan botol susu atau puting kesayangannya. Kami tepuk-tepuk, pujuk-pujuk sambil lap rambutnya dengan tuala basah sampai dia kembali lena. Selalunya dia tidak begitu kecuali apabila demam atau ada 'lain-lain hal yang mengusik'. Puas memikir apa-apa kebarangkalian pada siangnya yang memungkinkan dia begitu. Tiada. Aku berkira-kira, mungkin dia sedikit terganggu kerana sebelum itu kami menonton filem seram ketika dia tidur. Aku ambil uncang kecil berisi surah Yassin dan letakkan di hujung kepalanya. Satu kebiasaan yang aku terlupa pula malam itu. Namun akhirnya kami ketemu jawapan kepada persoalan itu keesokan harinya. Dia menangis kerana ada khabar duka..
Pagi semalam ketika kami masih tidur datang panggilan dari adik di Muar membawa khabar Pak Uteh di Felda Semenchu, Kota Tinggi meninggal dunia kerana demam panas setelah seminggu tinggal di hospital. Berita yang menyedihkan tetapi harus akur kerana ketentuan Ilahi yang hidup pasti akan mati. Emak dan adik-adik di Muar sedang bersiap untuk bertolak pergi menziarah. Kami yang di sini tidak dapat turut serta, berkirim salam takziah dan mengutus doa buat yang pergi.
Arwah Pak Uteh adalah suami mak uteh, kakak kepada emak. Walaupun semasa hayatnya kami jarang bertemu, dia adalah seorang yang disenangi kerana kemesraannya terhadap kami. Dia juga antara bapa saudara yang istimewa kerana dia ada tempat di hati aku untuk mengingatinya selalu, mungkin kerana aku simpati dan mengerti dengan kepayahan hidupnya. Pak uteh dan mak uteh sekeluarga hidup sederhana dengan hasil peneroka kelapa sawit, tidak mewah dan tidak pula terlalu susah tetapi mereka mempunyai tanggugjawab yang berat iaitu menjaga anak sulung lelaki yang telah hilang upaya akibat kemalangan jalan raya. Sepupu yang seorang itu tidak mampu melakukan apa-apa tanpa dibantu. Sudah lebih sepuluh tahun dia cuma mampu terbaring begitu dengan makan minum dan rutin hariannya semua perlu diuruskan seperti bayi, hakikatnya usianya sudah menjangkau 30-an. Selama ini kalau ada kenduri-kendara dikalangan saudara-mara kami, cuma mak uteh dan anak-anak yang lain akan hadir. Pak utehlah yang akan tinggal untuk mengambil-alih menjaga sepupu itu. Kini perjalanan Pak uteh di dunia sudah berakhir dengan meninggalkan isteri, 6 orang anak, 2 orang menantu dan seorang cucu. Kepada mak uteh sekeluarga, salam takziah. Insya-Allah kami akan ke sana hujung minggu nanti. Al-Fatihah buat Allahyarham Pak uteh Yunus, semoga rohnya dicucuri rahmat.
Aku sangat terkilan kerana hajat untuk mengirimkan ikan lumi salai dari sarawak yang digemarinya tidak kesampaian. Iktibarnya, buatlah apa sahaja yang kita mahu ketika ada ruang dan peluang kerana kita tidak tahu apakah akan ada kesempatan pada hari esok untuk kita melakukannya.
p/s: Dikesempatan ini ingin aku khabarkan lagi seperti selalu, sesuatu yang khas untuk Ayah Ziya. Aku Sayang Dia
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|