Bila sebut tentang emak, aku selalu kehilangan kata-kata untuk mengungkap apa yang dirasa dalam dada. Sayu. Bak kata Halim Othman di radio sinar yang aku dengar pagi tadi, kenapa bila kita berkata tentang ibu ia akan menerbitkan emosi yang menyedihkan, sedangkan ibu itu adalah satu-satunya insan istimewa yang sepatutnya menghadirkan rasa yang indah-indah apabila kita memperkatakan tentangnya.
Bagi aku, kesayuan itu datang kerana mengenangkan pengorbanan dan ketabahan mak mengharung kehidupan membesarkan kami lima beradik sendirian sejak pemergian arwah ayah sepuluh tahun dulu. Satu tanggungjawab yang berat untuk dipikul dan bukan kecil dugaan serta cabaran yang menanti sebagai seorang ibu tunggal. Aku tahu sedikit-sebanyak pasti ada keperitan sepanjang tempoh itu tapi tak pernah sekalipun dia berkeluh-kesah mengadu kepayahannya. Sifat cekal yang aku kagum sendiri. Tak siapa yang tahu sejak arwah ayah tiada sehingga kini, setiap kali mahu pulang ke Kuala Lumpur, aku salam dan cium pipi mak sambil menahan sebak dalam hati. Semoga ada kesempatan buat kami untuk terus berbakti kepada mak selagi hayat dikandung badan. Terima kasih mak. Sungguh tak terbalas jasa dan pengorbanan selama ini. Doa aku semoga mak gembira dan bahagia di samping kami dan dikurniakan kesejahteraan dunia akhirat.
Buat Mak di bumi kenyalang sana, terima kasih kerana melahirkan seorang suami yang baik untuk aku dan menerima menantumu ini seadanya.
Selamat Hari Ibu khas untuk kedua-dua emak yang aku ada dan juga untuk semua ibu-ibu di dunia.
I Love You Mak...
selamat hari ibu untuk cikwa dan semua ibu2. banyak dah apdet ek. lawa2 gambar kat pulau manukan tu. agaknya kalo lagi lama perap gambo lagi lawa kot. hihihi...gambo honeymoon ek? collage pun makin canggih. cool
Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu....Bila2 Masa Kita Senantiasa Mengiangati Dan Menghargainya...Tidak Semestinya Pada Hari Ibu Sahaja....Kerana Jasa Ibu Tiada Nilainya....
Happy Mother's Day MrsApple..... jom singgah my fp ada entry dedication for u as well... Semoga kitak terus bahagia dan sentiasa diberi kesempatan utk menyayangi mak ktk sepenuhnya....
akak...thanx 4 sharing d story ...mmg kaseh syg ibu tiade tandingan...ummi sy slalu ckp kat sy..."kalo kamu dah ade anak nanti..kamu tahu la..." so skrg sbb sy mengajar bebudak kt cni...even sy takde anak sendirik...sy dah dpt rase perasaan itu...huhu...thanx mrs.apple..