Masa berlari pantas. Sekejap je dah hari Khamis kan? Esok Jumaat. Tak sabar menunggu Sabtu dan Ahad.
Sejak kebelakangan ini selalu pening-pening. Mata pun rasa penat. Kadang-kadang berdenyut-denyut.
Ohh.. bukan sebab Ziya nak jadi kakak tapi itu petanda rabun sang ibu semakin bertambah kuasanya. Sudahlah rabun tapi masih berlagak tak mau berkaca-mata. Macam mana tak sakit. Padanlah muka kan?
Apa-apa pun sudah merancang pergi menempah cermin mata baru semasa cuti hujung minggu nanti. Suami sebelum ini memang kerap-kali mengingatkan cuma kita yang asyik menangguh. Tapi sampai bila? Takkanlah nak tunggu Ziya masuk tadika baru nak buat ye tak?
Cermin mata lama (yang juga sudah lama tak dipakai) sudah tidak up-to-date lagi baik dari segi kuasa kuda mahupun potongannya. Tiada ciri-ciri zaman millenium. *Bak kata Encik Suami dah tak musim *
Untuk kembali berkanta-lekap juga mungkin sudah tidak sesuai lagi. Melecehkan gitu nak menggayanya dengan keadaan semasa makcik sekarang.
Harap-harap tak tertangguh lagilah kali ni. Sementara tu kita fikir-fikir dulu cermin mata yang sesuai bakal jadi pilihan. Hmmm...
lawak la kalau ibu Ziya pakai spek yg last tu for me better beli yg elastik..ada anak kecik ni cermin mata kita la yg dia nak tarik...kalau elastik, tarik camne pun sure tak patah.