Want your
own Fotopage?









 
Dari Lensa Ibu

By: puan apple

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 7-Jun-2007 16:15 Email | Share | Bookmark
Cerita Baru..


::Home Sweet Home::
::6 Jun 2007::

Kita sudah masuk hari yang ketujuh dalam bulan Jun tahun 2007. Sudah setengah tahun. Cepatnya putaran masa. Nanti pejam-celik, pejam celik sudah sampai ke penghujung tahun.

Pak Lah Perdana Menteri kita menyambut bulan baru ini dengan teman hidup yang baru juga. Semoga berbahagialah mereka berdua yang serasi itu hendaknya.

Dalam banyak-banyak kenyataan beliau semalam, aku suka yang ini - "Sayang saya, cinta saya kepada arwah masih kukuh dan saya juga percaya Tuhan telah mencipta banyak ruang di dalam hati kita untuk kita menyayangi orang yang berada di keliling kita. Bila kita bercakap pasal wanita, kita sayang pada emak tapi tidak bermakna kita tidak sayang pada isteri atau cinta pada isteri.

Kita tidak boleh bandingkan sayang kita antara emak dan isteri. Begitu juga sayang kita pada adik, sayang kita kepada anak dan sayang kita kepada cucu.

Bagi wanita pula, sayang mereka kepada bapa, sayang kepada suami, sayang kepada abang, anak lelaki, cucu lelaki, sudah tentu tidak boleh dibuat perbandingan. Jadi itulah kelebihan Allah yang menganugerahkan perasaan ini dalam kita menjalinkan hubungan".

Itu kata-katanya yang aku setuju benar. Yang patah tumbuh, yang hilang pula berganti. Ya, bila berganti tidak bermakna yang lama itu telah dilupa. Sebenarnya ia tetap kekal di sudut istimewa dalam hati untuk dikenang selalu.

Pak Lah juga ada berkata Perdana Menteri yang lebih gembira boleh melakukan kerjanya dengan lebih baik.

Aku yang bukan Perdana Menteri ini pun gembira dan bersemangat juga sebab sudah ada cermin mata baru - walaupun di lubuk hati masih teringatkan yang lama itu.


::Hentian R&R Pagoh::
::5 Mei 2007::

syukur alhamdulillah Pak Lah dah kawen ngn chief maid dia eh...ade gak neman pi dinner...i yikee it!! eheh cantik spek itam anak ibu ni...zafan nak jugak boleh? eheh Thu 7-Jun-2007 10:40
Posted by:umizhafran arisyahamdan@yahoo.co.uk  - [Link]
taknak respond pasal paklah tu... (maybe u cld predict da reason) tapi suke tgk frame u n hubby on d tv...really unic... Thu 7-Jun-2007 17:13
Posted by:k.intan @ tabuk, KSA an_nur80@yahoo.com  - [Link]
heheh... silap pulak terletak k.intan... intan aje...heheh Thu 7-Jun-2007 17:22
Posted by:intan @ tabuk, KSA an_nur80@yahoo.com  - [Link]
perghh..si kecik nie lagi glamer dr paklah nie.. i pun pagi tadi biler hubby kata die timer text dr kawan die kat mesia psl biter sensasi nie, cecepat bukak berita harian kat internet..ok per die kawin sama2 umur die, dah kenal lama gak..tak der larrr, sibuk nak carik anak dara kan..ekekke..anyway hope die bahagia dak..hehe Thu 7-Jun-2007 23:09
Posted by:Zie  - [Link]
Cemana la dia bule amik bekas biras jadi isteri dia...eii...cuba bayangkan kakak ipar kita punya suami jadi suami kita pulak..eii..ngeri la... . Apa2 pun semoga Pak Lah berbahagia...

Chomey si kecik ni dengan spek dia...
Fri 8-Jun-2007 05:48
Posted by:yatie  - [Link]
wah puan apple.......
begitulah hati lelaki. Biarpun ada cermen mata baru namun cermen mata yang tak gilap tu sentaiasa ada dalam kocek mike..... . X mungkin dilupe begitu saje kan paun apple........
Fri 8-Jun-2007 18:14
Posted by:dOd  - [Link]
Fri 8-Jun-2007 23:51
Posted by:d/u/s/y/u/m  - [Link]
hmm....baguslah PM nak kawen lagi... eloklah tu... ada peneman hidup... dan ada lah wanita no 1 M'sia..
kalau tak wanita No 2 tu ajer hok sibuk ke hulu ke hilir....
Sat 9-Jun-2007 07:00
Posted by:dR ali drali@miosh.net  - [Link]
Memang baguslah Pak Lah kahwin...at least ada peneman dan pendengar msalah dia nanti.....
Sempat tu amik gambar pak lah kat tv...hehhehehe
Sat 9-Jun-2007 13:52
Posted by:doubleukayes  - [Link]
Teringat satu kata2 nih, Jgn terlalu menangisi keperitan semalam, teruskanlah kenyataan yang ada pada hari ini kerana kita tidak tahu mungkin esok Tuhan telah sediakan mahligai kebahagiaan buat kita sebagai hadiah ketabahan hari ini dan semalam.... Tahniah Pak Lah.... and mrsapple, Tahniah atas spek baru..... Sun 10-Jun-2007 08:02
Posted by:mrsjemain  - [Link]
heh..Pm da kawen laa..hehe tahniah paklah.. Sun 10-Jun-2007 23:09
Posted by:kindaichim  - [Link]
Coney nye cermin mata awek tu..pinjam leh tak sayang Mon 11-Jun-2007 02:06
Posted by:Nero@ Echa neroecha@gmail.com  - [Link]
cikwa, uda pun suka kata2 pak lah tu. masa dia cakap depan2 wartawan masa press conference tu macam sebak2 jek rasa. sungguh humble and honest. memang Allah berikan banyak ruang dalam hati kita ni kan. terpulang lah pada kita untuk mengisinya dengan perkaar2 yang baik, dan kasih sayang yang baik. mana spek? tayang la skit. Mon 11-Jun-2007 05:54
Posted by:uda iraudzah@gmail.com  - [Link]
orang lama pengantin baru....

pantun itu bukan utk dibaca sambil terpegun tapi nak melihat berapa ramai yang berani membelinya. kalau nak buat setiap fp pantul spesel memasing, tak buat keje la jawabnya diri ni. lagipun itu lebih baik daripada mereka yg tinggalkan iklan.

Gambar direnung menghilang jemu
Menghening cipta mengimbau kenangan
Fotopages medan menambah ilmu
Menjalin persahabatan merapat hubungan
Mon 11-Jun-2007 06:25
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
pokcik pun tumpang happy bila tengok senyum paklah makin berseri...heeeeee Mon 11-Jun-2007 17:49
Posted by:mypokcik  - [Link]
congratulation Pak Lah..........kekadang kita perlukan teman bicara yang bernama isteri......,macam sikecik yang berkaca mata hitam tu,mana dia pegi sure dia nak mama or Papa Tue 12-Jun-2007 14:22
Posted by:nanie  - [Link]
selamat pengantin baru pak Lah!! semoga berbahagia ke ahir hayat
spek hitam ziya tu macam spek geng panca sitara pulok! ekekeke.... "bila larut malam... tara kucah tara kucah.."
Tue 12-Jun-2007 23:08
Posted by:ciku_nunu  - [Link]
tahniah and selamat pengantin baru Pak Lah

Wed 13-Jun-2007 00:10
Posted by:Phalinn  - [Link]
Ziya..cun la spek Ziya tu..auntie nak pinjam boleh??teringin jugak ni... Wed 13-Jun-2007 04:40
Posted by:Bayu Pagi
Barulah lebih mantap pentadbiran negara bila dah ada teman merangkap penasihat. Tahniah buat Pak Lah Wed 13-Jun-2007 06:04
Posted by:Me♥rjay  - [Link]
anis nak pinjam spek ziya bleh..nak pakai masa jln2 kat pantai Wed 13-Jun-2007 17:19
Posted by:@nis  - [Link]
ibu ziya ooo ibu ziya...ada e-mail tak? kalu ada, bak la mai sini.... nak bagi steps by step ni... nak karang kat sini, panjang benauuuu Thu 14-Jun-2007 04:37
Posted by:ciku_nunu  - [Link]
cantiknya cermin mata hitam tu leh pinjam... Thu 14-Jun-2007 06:49
Posted by:RosLeenda mutiarahati66@yahoo.com  - [Link]
bonda pon setuju dgn kata pak lah... yg lama tetap di hati walaupun dah tiada..
spek si kecik tu vogue le..
Thu 14-Jun-2007 07:00
Posted by:Bonda/RaqynRafiqin  - [Link]
mayday! mayday! sudah tukar plan... gwe mau balik penang besok!! ngeh ngeh ngeh! so, ittew fp mau cuti 2 minggu jangan rindu2 eh!! Thu 14-Jun-2007 11:21
Posted by:ciku_nunu  - [Link]
Yang baru takkan dapat ganti yang lama... Yang baru perasaan dia lain pulak.. eik!
Cantiknya pakai sunglasses.. pinjam mama punyer ker?
Fri 15-Jun-2007 04:53
Posted by:Mommy Aidan  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.