 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Dari Lensa Ibu
By: puan apple
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Thursday, 12-Jul-2007 11:00 |
Email | Share | Bookmark |
|
Apa dosanya?
|
|
Akhir-akhir ini berita-berita yang aku baca di dada akhbar;
-Dua beradik mati dijerut di tempat tidur dengan wayar seterika,
-Yang seorang telah pergi tiga tahun yang lalu akibat radang dinding abdomen kerana usus kecilnya putus. Ditubuh kecilnya berbekas kesan-kesan kecederaan lama dan baru di badan. Dia didera dengan teruk, termasuk ditendang dan dibaling hingga menyebabkan tulangnya patah,
-Yang seorang mayatnya ditemui terapung di sebatang tali air dengan hanya sehelai baju tersarung di badan. Hasil siasatan si kecil 10 bulan itu bukannya lemas dalam tali air tetapi ditekap mukanya menggunakan bantal sehingga mati,
-Yang seorang telah dilaporkan hilang oleh ibunya tetapi dipercayai telah dibunuh, mayatnya dibakar dan saki baki tulangnya kemudian dibuang di beberapa tempat untuk mengaburi mata pihak berkuasa..
Semuanya dilakukan oleh ibu kandung mereka sendiri gara-gara tekanan dan desakan hidup? Aku tenggelam dalam laut emosi mengenangkan laporan-laporan berita itu. Malangnya anak-anak itu atau bertuahkah mereka kerana nyawa melayang di tangan insan yang melahirkan bukannya angkara perogol bersiri atau pembunuh upahan?
Bukan niat aku untuk menghukum tetapi hati diburu tanda tanya. Aduhai ibu, sebesar mana dosanya sehingga begitu jadinya? Apakah yang bermain di fikiranmu kala menatap mata jernih itu di saat kau renggut nyawanya dengan tanganmu sendiri ibu? Kemana hilangnya kelembutan dan naluri kemanusiaan dalam diri kala kau sakiti tubuh kecil itu ibu? Tidak tersayatkah hati melihat darah dagingmu itu terdiam kaku dari meronta? Sudah keringkah kasih sayang dalam dirimu ibu lalu apakah pula erti air mata dan penyesalanmu setelah semua itu terjadi ya ibu?
Ya Allah, berikanlah setinggi-tinggi kekuatan dan kesabaran kepada hambamu ini untuk memikul amanahmu..
Penderitaan anak-anak itu sudah pun berakhir. Tiada lagi rintihan, kesakitan dan ketakutan kerana mereka telah pergi mengadap Yang Maha Pencipta manakala yang tinggal di dunia ini biarlah kebenaran dan keadilan yang menentukan di mana kedudukan mereka. Al-Fatihah buat Muhamad Alif Hakimi & Muhamad Alif Hazimi, Syakir Abd Aziz dan Mohd Ashraf Nuraswadi..
Kalaulah melahirkan itu semudah kita membuang angin kentut dapat kau bayangkan apa pula kemungkinannya?...
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|