Want your
own Fotopage?









 
Dari Lensa Ibu

By: puan apple

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 16-Jul-2007 09:17 Email | Share | Bookmark
Nama dia..



::Desa Water Park, Kuala Lumpur::
::31 Mac 2007::


What or How or Why you gave the Name(s) to your Kid(s)
Jawab Tag edrina http://edrina.fotopages.com/

Sejak meningkat remaja memang suka baca novel dan jumpa macam-macam nama watak yang canggih-canggih tapi tak pernah pula berniat menyimpannya dalam peti besi untuk kegunaan masa depan. Tak macam adik bongsu aku yang masa kecik-kecik dulu dia rajin menyalin atau mereka-reka senarai nama cantik-cantik dalam buku latihan. Hehe.. kenapa ek? Agaknya masa tu tak terfikir lagi bab kawen-mawen ni. Rock beb cintan-cintun ni tak mainlah! Apa kes jiwang-jiwang ni. Yang benornya takde pakwe pun. Huhu..

Untuk nama anak ini pun kalau tak silap kandungan dah masuk bulan kelapan baru kami santai-santai fikirkan nama yang sesuai. Jantina baby memang kami dah dimaklumkan perempuan tapi ada juga prepare nama baby boy manalah tahu kan kalau-kalau doktor tersilap pandang.

Kenapa Ziya Khadija? Sebab suka pada kombinasi dua nama tapi harus nama pangkal dua suku kata dan nama belakang tiga suku kata untuk menghasilkan ritma yang sedap di dengar. Boleh gitu? Aku juga suka pada nama yang unik. Pada mulanya berkenan dengan nama Sara Khadija tapi kerana sudah ramai rasanya yang bernama Sara jadi kami cari lagi, dan lagi, lalu dalam pencarian itulah kami bertemu dengan nama yang satu ini..

Ziya bermaksud keindahan, kemuliaan, bersinar, bercahaya.
Ada lagi dua tiga nama ringkas yang dipilih tapi kami lebih tertarik dengan yang ini.
Kami cuma cari nama pangkal sahaja untuk padankan dengan nama belakangnya yang dah stand by sejak awal mengandung.

Khadija pula bersempena nama Saidatina Siti Khadijah binti Khuwailid isteri kesayangan Rasulullah saw. Aku suka nama klasik ini sejak azali kerana ia seolah-olah ada kekuatan dan kelembutannya yang tersendiri. Oleh kerana suami memang memberi kebebasan kepada tuan punya badan-yang-mengandung untuk memilih nama anak kami maka awal-awal aku pilih nama ini untuk nama belakang dan dia pun berkenan.

Bila dah sehati-sejiwa memilih nama ini kami sengaja rahsiakan dulu dan selepas tuan punya badan lahir barulah namanya dicanangkan. Saje je nak mendera mereka yang ternanti-nanti itu.

Semua ibu-bapa mengharapkan yang terbaik untuk anak mereka begitu jugalah dengan kami. Semoga nama yang kami pilih ini akan membawa keberkatan dalam hidupnya. Aminnn... Itulah alkisahnya puan-puan dan tuan-tuan. Eh! anak sorang punya nama pun panjang berjela juga ceritanya. Maaflah ye kalau jemu membaca. Peace!!

Secara rambang calon-calon untuk acara ini yang seterusnya ialah..

1. uda
2. ratuani
3. ciku nunu
4. mama anis
5. mama afia

*REQUIREMENTS: Write about what or how or why you gave the name(s) to your kid(s). QUANTITY: 5 people TAG MODE: Firstly you leave their blog and post link and add to the list below and secondly you let the blogger you want to tag know that he/she has been tagged by commenting in his/her blog or etc.


sedap namanya.... seindah tuannya... Mon 16-Jul-2007 06:36
Posted by:mummy_danishhaikal  - [Link]
sedap namanya.... seindah tuannya... Mon 16-Jul-2007 06:37
Posted by:mummy_danishhaikal  - [Link]
ziya khadija....
hmm......sebut je rasa macam feminin sangat nama ni....suka la nama ni....
nak tiru bley? heheheh
Mon 16-Jul-2007 11:20
Posted by:marlin  - [Link]
mmg sedap nama Ziya..sedap disebut dan didengar..
btw..thanx kerna ibu ziya meng'tag' kite..tp kite dah kene awal2 lagi...
Mon 16-Jul-2007 12:02
Posted by:gee  - [Link]
nice combination esp sbb takde budak lain nama ziya
apple kenapa pulak ye?
Tue 17-Jul-2007 02:29
Posted by:Lee Lin  - [Link]
nama dia mmg besttt! lepas dengar nama dia, mesti orang pakat nak tengok tuan empunya nama pulak macam wanita melayu terakhir gitu... Tue 17-Jul-2007 04:39
Posted by:ciku_nunu  - [Link]
Cantik kombain nama tuu. Tue 17-Jul-2007 16:06
Posted by:Jie jie  - [Link]
Eeee...awak orang muar eh????
Hu~hu selalu bawak anak kita g tg ketapang tengok munyet...!
Wed 18-Jul-2007 02:33
Posted by:chentahati
nama sedap dan lain dari yang lain...emm....anak sorang pun dah panjang cengini....kalu ramai cam kak jiejie tu mau jadi entry Korea sedara Ouled Kenitra... berminggu2 tak abih... Thu 19-Jul-2007 12:30
Posted by:yatie  - [Link]
~> Kena Tag...Hehehehehehe
~> Comelllnya....Gerammmm Kak Leen Tgk....Mcm Nak Cubit Pipinya
Mon 23-Jul-2007 07:26
Posted by:RosLeenda rosleenda66@yahoo.com  - [Link]
truly deeply first time tgk nama ziya, mmg jatuh hati disebabkan oleh itu lah, nama afia pun ada zia gak..hehe..nama ziya khadijah sungguh best sb gabungan nama moden and lama, dulu teringat nak gambung gitu, tp tak jumpa yg rhyme, so dapat lah nama tuh..anyway, sorry lah sb zie lbt bebetul menjawab tag tuh, tgh in process buat lah, 2-3 hari lagi upload lah kut, bizi gitu skang....hehe..ziya makin comei ahh..! Mon 23-Jul-2007 08:31
Posted by:Zie  - [Link]
Memang sedap nama ziya.. comelnya gambar ziya kat atas tu..nampak bulat sangat mata Tue 24-Jul-2007 06:44
Posted by:Ed mama najihah+haris+Danisha edrina@gmail.com  - [Link]
wah...memang sedap nama ziya khadija. jarang org pakai tp i lg suke yang ringkas dan senang disebut. ringkasnya anak i yg sorang tu i bg je nama amreel. simple kan Wed 4-Mar-2009 04:01
Posted by:rinn hazelrin_2982@yahoo.com
uhh sedap sungguh, comel bak tuannya Wed 4-Mar-2009 04:02
Posted by:arina


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.