Want your
own Fotopage?









 
Dari Lensa Ibu

By: puan apple

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 27-Jul-2007 09:00 Email | Share | Bookmark
Warkah Istimewa Untuk Anakanda Ziya Khadija..

Assalamualaikum.. ini dari Ibu untuk permata hati sempena hari yang istimewa ini.

Hari ini dalam sejarah. Setahun yang lepas pada tengahari Khamis bersamaan dengan tarikh hari ini Ziya lahir ke dunia melengkapkan kehidupan Ibu. Syukur Alhamdulillah..
Hari ini pula genap setahun umur Ziya. Syukur Alhamdulillah..

Hati Ibu gembira dan terharu bukan setakat pada hari ini sahaja malah setiap masa samada Ziya berada di depan mata atau tidak. Ibu gembira dan bersyukur melihat Ziya sihat dan ceria menayang lapan batang gigi. Gigi kapak Ziya besar-besar macam biji jagung. Ziya yang lucu, pandai mengambil hati dengan memeluk dan tersenyum manja kalau Ayah atau Ibu pura-pura marah mahu mengusik. Ziya yang sekarang begitu teruja berjalan ke sana-sini walaupun sesekali jatuh terduduk. Satu hari nanti inilah yang akan menjadi kenangan buat Ibu di hari tua. Insya-Allah Ta'ala..

Terasa seperti baru semalam detik itu. Memori selama enam hari di bilik nombor 18 wad WH4B, Hospital Besar Kuala Lumpur masih segar di ingatan. Orang yang mempunyai kes istimewa seperti Ibu pada mulanya mungkin terasa pengalaman bermalam di situ seperti menginap istirehat di mana-mana destinasi percutian. Bila sampai saat getir itu baru tahu tinggi rendahnya langit! Syukur Alhamdulillah, Allah swt mengizinkan Ibu bernafas untuk merasai nikmat dan keajaiban perasaan seorang ibu yang melahirkan walaupun melalui pembedahan. Melahirkan tidak semudah mendengar khabar tentang kelahiran seorang bayi namun beruntunglah sesiapa yang dapat melahirkan dengan senang. Pengalaman itu mengajar Ibu lebih menghargai dan menjaga perasaan Atok Mak yang melahirkan Ibu.

Terima kasih tidak terhingga kepada Ayah yang Ibu cinta kerana sentiasa berada di sisi memberikan semangat dan kekuatan menahan kesakitan. Sayang dan syukurnya Ibu memiliki dia Tuhan saja yang mengetahui.
Terima kasih kepada Atok Mak yang turut menemani Ibu untuk menanti kehadiran Ziya. Ibu sayang dia juga.
Terima kasih kepada semua ahli keluarga kita yang lain kerana selalu bertanya khabar dan mendoakan keselamatan kita berdua.
Terima kasih banyak untuk detik-detik itu.
Terima kasih jua kepada doktor dan jururawat di atas layanan baik mereka walaupun ada yang nakal mengatakan Ibu beruntung mendapat layanan begitu kerana duduk di wad Kelas 1.

Buat Ziya tersayang..
Terima kasih kerana menambahkan ceria dalam hidup Ibu.
Ibu minta maaf kerana gagal menyusukan Ziya selama yang boleh seperti yang Ibu azamkan. Ibu amat terkilan.
Ibu minta maaf kerana ada waktunya kurang sabar melayan kerenah anak sekecil dan senaif Ziya. Ibu kesal dan sebak sendiri mengingatkan kelemahan Ibu.
Ibu minta maaf kerana jarang berjaga malam seperti Ayah yang selalu bersengkang mata menjaga dan mengawasi tidur Ziya. Ziya lebih manja dengan Ayah, secebis pun tiada cemburu di hati Ibu tapi janganlah tak sayang Ibu pula ya?

Ibu manusia yang jauh dari sifat sempurna tetapi itu bukan alasan untuk Ibu tidak berusaha memberikan yang terbaik untuk Ziya. Dengan harapan menggunung Ibu doakan;

Semoga Ziya bersinar dengan cahaya kejayaan..
Semoga Khadija molek pekerti lambang mujahidah solehah..

Semoga Ibu dan Ayah panjang umur untuk diberi kesempatan melihat Ziya Khadija membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang menghargai jasa dan pengorbanan orang tua. Semoga keluarga kita beroleh kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Amin.. amin.. amin..

Selamat menyambut hari lahir yang ke-1 tahun Ziya Khadija. Ibu Sayang Adik!

Salam rindu dari,
Ibu..


Jalan-jalan @ Jaya Jusco Seremban 2.
25 Mei 2007..

sedeyyyyynyer.....bergenang air mata....a'way happy birthday ziya...muahhhhh luv u.....
p/s: harap2 besok2 dpt hubby mcm ayah ziya juga (bersengkang mata menjaga dan mengawasi tidur Ziya-lebih dr ibu ziya)
Fri 27-Jul-2007 02:19
Posted by:makcik_vouge
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Ziya Khadija
Allah selamatkan kamu..
semoga kamu membesar dgn sihat dan menjadi seperti ape yg ibubape kamu harapkan..
Fri 27-Jul-2007 02:21
Posted by:mama iqa  - [Link]
psstt..kak apple..ni kat JJ Equine ke? Fri 27-Jul-2007 02:23
Posted by:mama iqa  - [Link]
happy birthday ziya, semoga jadi anak yg solehah Fri 27-Jul-2007 07:09
Posted by:Lee Lin  - [Link]
Selamat hari lahir buat Ziya...semoga dapat membalas jasa ibu apabila dewasa kelak..... Emm...jasa ayah juga sebab jaga Ziya malam-malam.. Fri 27-Jul-2007 09:28
Posted by:yatie  - [Link]
Happy Birthday Ziya!
Semoga menjadi anak yang solehah dan menjadi permata ayah ibu. Pasti melimpah ruah kasih sayang untuk Ziya. Moga bertambah bahagia dengan cahaya mata yang menenangkan jiwa.
Fri 27-Jul-2007 13:45
Posted by:fajar fajaril@yahoo.com  - [Link]
Happy birthday Ziya...Semoga jadi anak yg solehah..I tak tahu lah tapi selalunya ank perempuan akan lebih rapat ngan ayah manakala lelaki akan lebih rapat ngan ibu...

Comeinya ziya...nama pun sedap..
Sat 28-Jul-2007 03:55
Posted by:mama_fynn ithzafeena_9@hotmail.com
happy besday ziya.....
nama pun sedap ....semoga menjadi anak yg solehah
Sat 28-Jul-2007 13:05
Posted by:yana  - [Link]
hepi besday my future menantu semoga murah rezeki, sihat, dipermudahkan urusan hidup dan sentiasa dilindungi kasih Allah...
ziya dapat hadiah pe?
Sun 29-Jul-2007 02:15
Posted by:ciku_nunu  - [Link]
ziya tak marah ke ibu ziya kata gigi kapak besau cam bijik jagung tu
ps--hafiy sampai la ni takde gigi...bayang gigi pun takde!!
Sun 29-Jul-2007 02:17
Posted by:ciku_nunu  - [Link]
Happy belated b'day Ziya...moga membesar jd anak solehah...
ramai yg lahir 27/7 ni rupenyer
Mon 30-Jul-2007 21:33
Posted by:gee  - [Link]
walau terlambat.. tapi .. nak gak ucapkan .. Hepi.. Hepi Besday kat Ziya.... Selamat panjang umur.. semuga jadi anak yang solehah dan sayang kat mak ayah.. Tue 31-Jul-2007 15:01
Posted by:mamazieza
SAlam perkenalan...terharu kita baca warkah untuk ziya tu...itula perasaan seorang yang bergelar ibu/mama/umi...selamat panjang umur Ziya..dari auntie puteri N family...comelnya ziya..geram aunti nak cium pipi ziya... Wed 1-Aug-2007 00:55
Posted by:puterisatu.fotopages.com  - [Link]
lame x jenguk fp akak ni......tgok2 ziya da setahun dah.....happy belated bezday ziya....... smoga sntiase comel dn chat slalu...... Wed 1-Aug-2007 03:00
Posted by:nana  - [Link]
comel sungguh ziya ni, mata bolat
menjadi seorang ibu... tetap satu anugerah paling istimewa dr Allah...
Wed 1-Aug-2007 08:30
Posted by:hadiena  - [Link]
Ziya oh Ziya.. Happy 1st Bday!!!
You are so lucky to have such a wonderful mother..
Wed 1-Aug-2007 08:56
Posted by:Mommy Aidan  - [Link]
Assalamualaikum
Luahan Hati Seorang Ibu.....Muka Ziya Tu Memang Comel ....Kak Leen Pun Suka Tengok....
Wed 1-Aug-2007 09:28
Posted by:RosLeenda rosleenda66@yahoo.com  - [Link]
>> selamat hari lahir...
>> moga membesar sebagai seorang anak yang solehah...
Wed 1-Aug-2007 15:59
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Happy belated birthday buat Ziya yang cute Thu 2-Aug-2007 15:16
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
pakaian murah2 dan cantik2 utk bayi dan kanak2 http://ihsanic.fotopages.com Fri 3-Aug-2007 04:02
Posted by:Nur_Ihsanic nur_fikriyah@yahoo.com  - [Link]
dengar tu nak, payah ibu membesarkanmu, jangan jadi anak lupa diri..

Entryku kali ini…

Kedua negara samalah hebat
Saling membantu menjadi yang terkuat
Berlari-lari mencurah keringat
Badan cergas tubuhpun sihat
Fri 3-Aug-2007 08:09
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
happy behday buat ziya....
moga menjadi anak yang solehah
salam kasih yang abadi dari achik dilla
Sun 5-Aug-2007 12:40
Posted by:dOd  - [Link]
HAPPY BIRTHDAY ZIYA KHADIJA..May u have such a splendid life ahead of you..begitu syahdu ibu ziya tulis surat untuk ziya kan..she loves u so very much dear.. Mon 6-Aug-2007 09:10
Posted by:Zie  - [Link]
Sedih bila membaca...
Kasih seorang ibu terhadap anak tercinta...
Semoga menjadi seorang anak yang solehah...
Happy belated Birthday!
Fri 10-Aug-2007 04:22
Posted by:mechattax  - [Link]
alaaaa buat akak nangis ni......Itulah nasib ibu yang bekerja. Akak pun gitu juga. Cuma bila dah tau terkilan tu cubalah sebaik mungkin untuk memberi kebahagiaan pada Ziya tu. Akak takut nanti ibu ziya terkilan sampai ziya dewasa. Tue 14-Aug-2007 13:03
Posted by:Jie jie  - [Link]
aisheh aunty lupa lah....b'day Ziya...
Happy Belated Birthday Ziya....
Thu 23-Aug-2007 06:04
Posted by:IbuYasmin&Danish  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.