Kuek! Kuek! Kuek!
Sentul West, Kuala Lumpur; 3 Ogos 2008..
Dulu Sendiri..
Kini Berteman..
Khabar kejutan yang baru diterima seharusnya menjadi satu berita yang menggembirakan. Tapi hati aku bertukar rentak menjadi sedih, terkilan, dan enggan percaya. Jujurnya aku kecewa. Sukar untuk menerimanya namun aku akur aturan hidup orang di luar urusan kita apalagi dalam soal jodoh. Aku pun bukan siapa-siapa, cuma seorang kenalan yang syukur dianggap saudara.
Ya, perjalanan ini kita yang pilih arahnya dan kehidupan ini kita yang tadbir. Apa yang terlaksana hari ini dari usaha kita juga justeru jangan sesekali menyalahkan takdir sebagai penentu segala walaupun semua yang terjadi adalah dengan izin-Nya jua .
Inilah yang dinamakan sebuah kehidupan..kita tak tahu apa yang akan berlaku hari ini, besok dan besok dan besok.....usahlah merajuk wahai kakak..doakan agar adikmu yang jauh ini sentiasa diberi kekuatan untuk terus tabah, sabar, kuat dalam menghadapi dugaan-dugaan yang lagi mencabar di hari-hari depan......
..ya ini bukan takdir..tp jodoh yg aku terima dengan seikhlas-ikhlasnya..
setiap ape yang berlaku telah ditentukan oleh NYA.Masanya antara lambat dan cepat.Kita hadapinya dgn penuh keredhaan.Selagi hidup.........kita enjoy.......ceria2kan hidup kita sebelum terlambat...... nice pic