Dari Lensa Ibu - - Fotopages.com
Buat Seorang Adik..
Untuk lelaki itu, ini hati seorang kakak. Kalau marah pun marah-marah sayang. Untuk kebaikan kau juga sebab kau kan adik aku...
Realitinya hidup tak semanis impian
budi dihulur belum tentu
bersambut dengan bahasa
kepercayaan dibalas dusta
tipu daya menjadi mainan
ujian hidup bukan kemahuan kita
tapi kehendak Yang Maha Pencipta
namun itu bukan alasan untuk
tidak membuat yang terbaik
akur, sabar, dan redha
setiap perbuatan lambat-laun
pasti ada balasnya..
Pagi Ini..
sesuatu yang aku tidak tega melihat
pada saat kita bakal berpisah sementara
untuk aku keluar mencari rezeki
dan mengamanahkan diri kamu
dalam jagaan orang
selaluku semat dalam hati
siapa tahu andai tersurat
pisah kita pagi ini temu yang terakhir
dan aku meninggalkan kamu
tanpa sempat berpesan-pesan
biarlah ada wajah manis
dan suara lembut ibu dan ayah
yang lekat diingatan buat bekalan
untuk kamu si kecil yang aku tinggalkan
senyumlah sayang jangan menangis lagi
padamkan hiba di hati ini
supaya aku tenang di sini mengenang kamu
dan aku harap kau mengerti hati seorang aku
tiada yang lebih besar yang aku mahu
cuma kegembiraan kau dan dia
yang aku kasihi..
::19 jun 2008::
Tiga Tahun Sudah..
Puisi itu pernah didedikasikan istimewa buat dia. Ku ulang tayang hari ini sempena hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-3 supaya dia sentiasa tahu yang kasih dan sayang ini masih sama bagai dulu. Insya-Allah juga sampai bila-bila.
Buat suami yang dicinta,
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kita. Semoga perkongsian kasih ini sentiasa diberkati Yang Esa dan bahagia berkekalan hendaknya :flowers:
Mogok Lawan Boikot..
Jalan Hujung Minggu, 20 Mac '08..
Minggu lalu azam Ayah Ibu Ziya memboikot Belanda  tak berapa menjadi gara-gara dia mogok minum susu. Kami yang optimis anak tidak cerewet minum bercadang tukarkan susu Dutch Lady Ziya dengan jenama lain. Jumaat lepas balik dari pejabat singgah membeli susu yang kehabisan stok. Pilih punya pilih sebagai percubaan pertama aku ambil susu Nespray.
Tiba di rumah macam biasalah sampai masa dia mesti mintak susu. Nak tahu apa reaksi dia? Sekali hisap dia buat muka loya nak termuntah. Terus geleng kepala tak mau minum. Aku rasa sedikit, lemak-lemak manis. Agak muak. Patutlah dia tak suka, jauh bezanya dengan susu yang dia biasa minum. Cuba pujuk-pujuk kata sedap pun tak jalan. Amoww.. amowww.. kata dia. Bila haus dia minum air masak. Tengah malam cuba lagi buatkan susu, pun tak mahu juga. Semalamanlah dia tak menyusu.
Sabtu aku belikan susu Fernleaf, rasanya lebih kurang sama dengan Dutch Lady. Masih tak berjaya. Dia hisap sekali lalu lepas tu tolak botol susu. Sesekali bila dia leka-leka main tu, tanya lagi adik nak minum susu tak? Sambil geleng kepala dia kata "amowlaaa".. Mesti dia menyampah sebab macam tak faham-faham asyik tanya soalan yang sama. :-D
Penyudahnya hari Ahad sebelum ke Pesta Buku kami singgah kedai beli susu Dutch Lady. Tak sampai 10 minit selesai satu botol maklumlah dua hari puasa susu. Itupun asalnya dia macam teragak-agak nak minum. Bila tunjukkan pek Dutch Lady tu baru dia rasa selamat nak minum. Kira baiklah juga sebab dalam dua hari tu dia tak meragam langsung walaupun tak minum susu. Mahu juga minum air masak atau vitagen.
Jangan pelik kenapa aku tak memilih lain-lain jenama yang bagus-bagus di pasaran. Kita sebagai ibu kalau boleh memanglah mahukan semuanya yang terbaik untuk anak tetapi dalam situasi sekarang yang menuntut kita 'bijak' berbelanja sudah tentu faktor harga juga perlu diambil kira. Lagipun aku percaya bukan semua yang murah itu tidak berkualiti yang penting sesuai dengan tuan badan. Alhamdulillah setakat ini Ziya tiada tanda-tanda alahan yang teruk walaupun doktor pernah mengesyorkan dia diberi susu soya.
Sekarang di rumah ada dua jenis susu bayi yang aku tak tahu nak berikan siapa sebab kawan-kawan Taska dia pun tak minum susu cap Nespray atau Fernleaf. Ada idea tak apa yang patut dibuat dengan susu-susu tu? Kek? Lempeng? Cekodok?? $-)
Lagi satu persoalannya di sini, bersalahkah kita tidak menyahut seruan boikot itu? Terasa macam tak ambil berat pulak.  :oh_god:
*amow = tak mau
Atan Dan Uten..
Crown Princess, 6 April '08..
Ini pasal Ziya lagi. Dia kalau nak tidur mesti ada atan dan uten. Baru boleh lelapkan mata.
Tahu apa atan dan uten tu? Bantal dengan putinglah. Orang masih pelat katakan sebutan pun lari. Setakat ni memang susah nak pisahkan dia dengan dua aksesori penting ni. Takpelah budak-budak.. nanti sampai masanya hilanglah obses dia tu kan.
Bantal kekabu tu dari gebu dah jadi kempis sebab dibasuh. Corak pun dah pudar. Tak tahulah berapa lama boleh bertahan.Asalnya bersarung tapi dia suka bantal yang togel. Kalau kita sarungkan cantik-cantik tak lama lekatnya mesti dia suruh cabut. Minat betul dengan bucu bantal. Kadang-kadang mata ralit menonton tv sambil jari ligat main bucu atau gesel-gesel bucu dekat hidung.
Dulu setakat main bucu sementara nak pejam mata atau buat tutup muka masa tidur. Kalau setakat bawa ke taska hari-hari tu memang biasalah tapi sekarang nak ke mana-mana walau dekat sekalipun pun harus bawa. Kalau tak ada haru. Pernah sekali kereta dah bergerak baru terperasan salah-satu perkara ni tertinggal Ayah dia sanggup patah balik ke rumah. Biar sedikit leceh tak apa. Jangan nanti kita pula yang terharu tak dapat berpoya-poya dengan sepenuh hati sebab anak meragam rindukan puting dan bantal. Kalau sudah terdesak puting bolehlah kita beli yang baru tapi bantal busuk ada ke orang jual? Kalau ada pun tak sanggup nak beli ah! :P
Yang ini cuma aksesori tambahan. Nya dah pandey bergaya.
*Dia dah pandai bergaya. ;-)
Ini Permulaannya..
Jangan Gaduh-gaduh..
6 April 2008..
Anak-anak dara aku. Harapnya sampai ke besarlah kamceng begitu. Orang lain yang gila sibuk nak berperang, bergasak, biarkan. Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Itu urusan mereka dan keluarga mereka. Sudah di luar bidang kuasa aku. Anak-anak aku  nanti biarlah hidup rukun damai dan boleh saling bergantung-harap sampai bila-bila walau ayah dan ibu sudah menutup mata.
Macam lagu Pisang Panas yang Salleh Yaakob nyanyi dulu... kita kawan-kawan tak mau lawan~
Peace!! *Itu peace kaedah Ziya* :-D
Nota tambahan: Foto-foto mukadimah Encik Suami dengan DSLR. Kali ini Nikon D50 kesayangan Cik Abby Bernama, esok-esok sendiri punya pulak. Terima kasih Abby ;-)
Sorok Muka..
Ziya Sayang Bantal Busuk.
9 Mac '08..
Hari itu aku sudah angin-angin di http://apple76.fotopages.com/?entry=1472674(sini) pasal si kuning dan si kelabu yang kurang ajar tidak hormatkan istana. Hari ini bangsa aku sendiri pula biadap dengan Sultan. Kepala siapalah yang diikut agaknya? :bitter:
Samalah dua kali lima. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Ibarat meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri. Padanlah dengan muka aku. Mana nak sorok muka ni? :oh_god:
:idea:     :idea:     :idea:     :idea:     :idea:
Ziyaaa.. Ibu nak pinjam bantal!!
Bertemu Dan Berpisah..
Langit Menangis.
Tanjung Emas Bandar Maharani, 6 Mac '05..
Sudah adat dalam jodoh pertemuan akan ada perpisahan. Itulah yang terjadi dalam keluarga kami. Aku mengaku menitik air mata kala menerima berita itu tetapi setiap yang berlaku sudah ketentuan Ilahi kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat setiap hambaNya.
Kepada Allah aku berdoa semoga keluarga kami sentiasa dilindungi, ditutupkan pintu hati sesiapa daripada berniat tidak baik ke atas kami, dan dijauhkan dari segala yang buruk-buruk. Amin..
Doa Hamba..
Cahaya Di Hujung Senja.
Pulau Penarik Muar, 6 Mac '05..
Banyak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Yang datang menguji. Aku memohon dalam keberkatan Jumaat yang mulia ini semoga yang kusut tersimpul akan bebas terlerai, yang libang-libu kembali tenang, yang berat menjadi ringan, yang bengkok kembali lurus, dan duka berganti bahagia. Aku akan sabar menanti hadirnya cahaya di hujung perjalanan dan redha pasti ada hikmahnya di kemudian hari.
Engkau Yang Maha Pemurah, Pengasih Lagi Penyayang. Engkau Jua Yang Maha Mengetahui. Kabulkanlah doa hambaMu ini Ya Allah..