<width>40</width>
Semalam hari lahirnya yang ke-tiga tahun. Alhamdulillah. 
Selamat ulang tahun sayang. Semoga dilindungi Allah swt sentiasa dan jadi anak yang solehah. Ibu sayang Ziya.]]></description>
<description><![CDATA[Pagi tadi.. 
Tit! Tit!!
*Selamat ulang tahun ke-4. Mak ucapkan semoga berkekalan ke akhir hayat. Jaga rumah tangga baik-baik. Jangan angin-angin selalu. Kerjasama tangga kebahagiaan.ok jaga diri. kirim salam j** dan ziya..
sent: 
07:08:22
30.04.2009*
Secebis kiriman sms daripada Atok Ziya sempena empat tahun perkahwinan kami hari ini. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa Mak. Amiin.. 
Adik-adik dan kawan-kawan pun ada mengucap selamat juga. Terima kasih semua kerana mendoakan. :)
Encik Ayah Ziya, L-U-S-M.. :flowers: 
*Pecah rahsia Ibu Ziya 'berangin'.  LOL 
<description><![CDATA[Sudah masuk Tahun Baru Hijrah dan sampai ke penghujung tahun 2008. Alhamdulillah, Allah swt panjangkan usia meneruskan kehidupan sehingga ke hari ini. 
Agak lama tiada cerita baru di sini. Banyak pahit-manis dan suka duka yang berlaku tapi masa dan keadaan yang terbatas tidak mengizinkan aku untuk bercerita. Nantilah bila ada masa yang sesuai ya. 
Dalam menanti hari esok yang akan tiba, harapan aku semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan. Semoga  rezeki dan rahmat kebahagiaan dilimpahkan buat kami. Kalau pun ada liku-liku sepanjang perjalanan itu nanti, mudah-mudahan ia tidak menjadi halangan buat kami untuk menempuhnya dengan semangat berani.
Semoga tahun yang mendatang ini lebih baik dari semalam. Selamat Tahun Baru semua. Kalau panjang umur, jumpa lagi. 
18 haribulan Oktober yang lepas hari lahir aku yang ke tiga puluh dua tahun. Alhamdulillah, Allah panjangkan umur sehingga ke hari ini. Terima kasih Mak kerana melahirkan dan mendidik aku. Terima kasih juga kepada semua yang memberi ucap selamat. Mudah-mudahan aku diberikan kesihatan yang baik dan berkesempatan untuk melihat apa yang diimpikan dalam hidup menjadi kenyataan. 
Semalam 27 haribulan pula hari lahir Mak. Sudah lima puluh dua tahun usia Mak. Semoga Mak dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Allah. Dalam meniti usia emas, aku mahu emak jauh dari segala masalah dan hidup tenang di samping keluarga. Sayang Mak selalu.
Kau kabulkan doa hamba-Mu ini, Ya Allah. Amiin..
Hadiah? Mestilah ada dari suami tercinta. Terima kasih daun keladi Abang. I love u..:flowers: ]]></description>
*Foto oleh Ayah ZiYa.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. 
Sudah 10 Syawal 1429 Hijrah. Mood raya agak-agak cair maklumlah pejabat sudah buka, kerja sudah jalan. Kalaulah boleh cuti sebulan lamanya ye.. *Jangan mimpilah makcik :you_crazy: * ]]></description>
<description><![CDATA[Sudah hari Rabu yang ke dua puluh empat kita berpuasa. Tidak lama lagi, berlalulah Ramadhan. Dalam mengharung hari-hari terakhir Ramadhan ini hati sedikit syahdu teringatkan orang-orang terdekat yang telah pergi terutamanya arwah ayah. Rindulah. 
Selalu terbayang dan berkalau-kalau, macam manalah kehidupan kami sehari-hari, kemudian berpuasa dan berhari raya kalau dia masih ada hari ini. Macam mana pula gaya dia dengan kehadiran menantu dan melayan cucu. Tentu dia pak mentua yang sporting cuma aku tidak pasti sama ada dia boleh berkongsi minat bermain parit dengan menantu atau tidak. 
Cuma dapat membayang dan berkalau-kalau sementelah orangnya sudah tiada. Kasihan aku. Macam orang ketandusan kasih-sayang pula bunyinya. Semakin menginjak usia, jiwa makin sensitif dan terlebih dos sentimental agaknya. Nasib baik ada suami dapatlah juga tumpang bermanja-manja walaupun kadang-kadang terpaksa berebut dengan Ziya yang lokek kalau orang lepak dekat-dekat dengan ayah dia.
Kesimpulannya, hargailah sehabis baik saat-saat bersama orang yang kita sayang selagi ada kesempatan. Kelak dijemput pergi, masa tidak menunggu walau sesaat . 
Gaya emak aku melayan menantu aku sudah nampak. Emak aku suka 'racun' menantu dia main parit menangguk sepat. Kalau tidak pun sama-sama menyusur parit besar mencari kembang kiambang dan teratai untuk dibawa balik ke kolam di rumah. Kalau bercerita pasal gemuk-gemuk puyu dan sepat yang melenting-lenting dalam parit pun bukan main teruja. Pendek kata, dia boleh menggula-gula menantu dengan cerita paritlah senang cakap. Menantu pun apa lagi, asal nampak parit mulalah naik 'syeikh'.
Aduh.. ayah siapakah itu?!
Gaya Hantu Parit.
Balik Kampung; 2 Sept '08..
<description><![CDATA[Lamanya tiada catatan di sini. 
Maaflah, bukan kerana kesibukan kerja atau tiada kisah yang mahu dikhabarkan, tetapi seolah tiada semangat yang menggebu-gebu mahu bercerita. 'Encik Ilham' pun lemau nak datang. Lemau, selemau-lemaunya. Hai.. biarlah cergas-cergas sikit bulan puasa ni, kan?
Eh! Sebut lemau, nak tanyalah. Banyak buat biskut raya? Berapa balang agaknya yang dapat tahun ini? Kalau ada bajet lebih bolehlah menempah mana yang suka. Aku tak membeli, tumpang loyang Mak yang menjual biskut raya. Sudah ada dalam perancangan untuk sama-sama membakar biskut di kampung bila cuti nanti. Harap-harap jangan tinggal angan-angan. :-D 
Tart Raya Atok Mak.
Balik Kampung; 21 Sept '08..
<description><![CDATA[Lusa 31 haribulan Ogos 2008. Tahun ini lima puluh satu tahun kita menyambut hari kemerdekaan negara. Kalaulah kemeriahan dan semangat itu diukur dengan kibaran bendera, makanya tahun ini suam-suam kukulah semangat kita kerana nampak kurang yang berminat mengibarkan bendera terutamanya pada kenderaan rakyat jelata di jalan raya. Tapi tak mengapalah, semarak patriotisme itu tidak seharusnya dilihat dari satu sudut sahaja. 
Apa guna membazir ringgit dan tenaga menganjur sambutan yang berhabis-habisan sedangkan pengisiannya tidak dapat dihayati. Nilai kemerdekaan bukan terletak pada gamat letusan bunga api, jerit-pekik penghibur yang teruja melaungkan hiburan yang tidak relevan di pentas, atau lautan manusia yang berbondong-bondong keluar menyaksikan malam pesta tetapi pengertian kemerdekaan yang luas sifatnya dalam jiwa dan sumbangan anak bangsa hari ini untuk memastikan kebebasan ini kekal menjadi milik kita bukan setakat pada nama sahaja tetapi dalam erti kata yang sebenarnya. 
Nak dibandingkan dengan orang lain yang merempat di bumi sendiri, syukur dengan apa yang kita nikmati hari ini dan teruslah pertahankan supaya ianya menjadi kepunyaan generasi kita pada masa akan datang. 
Selamat Hari Merdeka, Malaysiaku.
<description><![CDATA[20.08.2008. Hari ini hari lahir sang suami. Semoga dia dipanjangkan umur, murah rezeki, diberi kesihatan tubuh badan, dimakbulkan segala impian, dan terus cekal mengharung cabaran hidup yang mendatang. Amin..
Ini pula pesan Ziya..
Selamat Hari Lahir Ayah. Ziya tunggu Ayah balik dari Kota Kinabalu nak tiup lilin sama-sama.
p/s: Maaflah tiada hadiah hari lahir yang istimewa dari Ibu dan Ziya memandangkan Ayah tersayang sudah menghadiahkan diri sendiri 'seketul' Canon 40D yang manja bukan main. *kalau selalu dibelek-belek dan di jaga rapi, manjalah namanya tu kan?* :satisfied_nod: 
Dua-dua Sayang.
Sentul West, Kuala Lumpur; 3 Ogos 2008..
<description><![CDATA[Kuek! Kuek! Kuek!
Sentul West, Kuala Lumpur; 3 Ogos 2008..
Dulu Sendiri..
Kini Berteman.. 
Khabar kejutan yang baru diterima seharusnya menjadi satu berita yang menggembirakan. Tapi hati aku bertukar rentak menjadi sedih, terkilan, dan enggan percaya. Jujurnya aku kecewa. Sukar untuk menerimanya namun aku akur aturan hidup orang di luar urusan kita apalagi dalam soal jodoh. Aku pun bukan siapa-siapa, cuma seorang kenalan yang syukur dianggap saudara. 
Ya, perjalanan ini kita yang pilih arahnya dan kehidupan ini kita yang tadbir. Apa yang terlaksana hari ini dari usaha kita juga justeru jangan sesekali menyalahkan takdir sebagai penentu segala walaupun semua yang terjadi adalah dengan izin-Nya jua . 
Dik, semoga kau berbahagia...